7 Februari 2020
Kenyataan Khazanah berkaitan berita terbitan Focus Malaysia
Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) merujuk kepada beberapa berita yang diterbitkan oleh Focus Malaysia mengenai usahaniaga korporat yang melibatkan Malaysian Airlines, baru-baru ini.
Khazanah menghormati sepenuhnya prinsip ketelusan dan akauntabiliti serta menjunjung kebebasan media. Walau bagaimanapun, kebebasan ini mesti ditegakkan berserta dengan tanggungjawab serta kekangan oleh pihak media apabila berita yang diterbitkan berkaitan entiti korporat yang sedang melaksanakan usahaniaga korporat yang bersifat komersial. Pihak media harus bertanggungjawab untuk memelihara kerahsiaan berkaitan sebarang maklumat yang ia terbitkan untuk edaran awam.
Beberapa berita terbitan Focus Malaysia baru-baru ini telah mengakibatkan kesan negatif terhadap urusniaga korporat dan ia sekali gus memberi impak kepada potensi pertumbuhan dan keberuntungan mampan Malaysia Airlines. Berita-berita ini juga telah memberi kesan kepada kepercayaan dan keyakinan umum terhadap integriti kami sebagai rakan kongsi korporat profesional serta mencemar reputasi kami sehingga mengakibatkan kemampuan kami untuk melaksanakan transaksi perniagaan pada masa depan terjejas.
Sehubungan itu, kami telah mengemukakan permohonan kepada Focus Malaysia untuk menghentikan tindakan menerbitkan apa-apa maklumat mengenai usahniaga korporat yang pada kebiasaannya dianggap rahsia yang berada dalam simpanannya.
TAMAT