Media & Muat Turun
Siaran Akhbar

15 Oktober 2024

Khazanah Nasional, melalui Dana Impak, bakal lancar inisiatif untuk memajukan ekosistem modal teroka negara

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) bakal melancarkan program program yang diberi nama Emerging Fund Managers’ Programme (“EMP”) dan Regional Fund Managers’ Initiative (“RMI”) yang akan dikelolakan di bawah National Fund-of-Funds (“NFOF”). Inisiatif-inisiatif ini adalah susulan pengambilalihan Malaysia Venture Capital Management (“MAVCAP”) dan Penjana Kapital (“PK”) oleh Khazanah pada Julai tahun ini.

Pengarah Urusan Khazanah, Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir berkata, “Melalui pelancaran EMP, kami berhasrat untuk memastikan pertumbuhan yang berterusan bagi pengurus modal teroka tempatan dan RMI dilihat sebagai satu lagi langkah penting bagi kami dalam meneruskan komitmen untuk memupuk ekosistem modal teroka yang dinamik di Malaysia. Inovasi tidak mengenal sempadan justeru itu ketersediaan modal, bakat dan teknologi adalah penentu masa depan Malaysia. Inilah sebab mengapa NFOF akan bertumpu kepada penciptaan juara tempatan di bawah EMP, pada masa yang sama menarik modal antarabangsa dan rakan kongsi. Usaha-usaha ini akan membolehkan penggabungan kepakaran, perspektif dan pengetahuan tempatan dan antarabangsa untuk merangsang ekosistem yang bertenaga dan seterusnya memacu kemajuan dan pertumbuhan.”

EMP mewakili langkah penting di bawah NFOF dalam memajukan ekosistem modal teroka dan inovasi Malaysia kerana NFOF akan menaungi usaha pengumpulan dana oleh pengurus dana tempatan memuncul. Dengan komitmen modal daripada NFOF, objektif program ini adalah memberi isyarat keyakinan yang lebih kuat kepada bakal-bakal pelabur dana untuk melabur dalam pengurus dana yang mempunyai potensi daya saing di peringkat serantau.

Seterusnya, ekosistem permulaan (start-up) akan mendapat manfaat daripada pengumpulan modal persendirian dan modal lain ke dalam para pengurus dana ini, yang seterusnya akan meningkatkan kehadiran syarikat permulaan yang dipacu inovasi di Malaysia. Dijadualkan akan bermula pada November 2024, EMP akan dibuka kepada semua rakan am (general partner) di Malaysia, bertumpu kepada pengurus dana modal teroka yang mengumpul dana pertama, kedua atau ketiga, dan berpangkalan di Malaysia atau di luar negara.

RMI pula adalah inisiatif NFOF untuk menarik pengurus dana antarabangsa yang komited untuk memperkaya ekosistem, termasuk menyokong pertumbuhan syarikat permulaan Malaysia untuk menjadi pemain serantau dan global, serta memudahkan pemindahan syarikat global ke Malaysia untuk meluaskan keupayaan pekerjaan tempatan, menarik bakat dan mendalami inovasi. Antara lain, NFOF mengalu-alukan penjana teroka yang berwibawa untuk melahirkan usahawan baharu dan menyokong pertumbuhan usahawan sedia ada.

Pengurus dana antarabangsa dengan mandat global juga dapat mendorong syarikat portfolio sedia ada mereka untuk mencipta lebih nilai dan impak dengan berkembang ke Malaysia. Langkah strategik ini bertujuan untuk memupuk perkongsian dan kerjasama dengan syarikat Malaysia untuk merintis inisiatif yang akan menghasilkan pemindahan teknologi dan pengetahuan dengan tujuan untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan perniagaan.

Penubuhan NFOF adalah sejajar dengan strategi Memajukan Malaysia yang dilaksanakan oleh Khazanah, berteraskan rangka kerja ‘A Nation That Creates’ yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing negara. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen Khazanah di bawah program GEAR-uP, yang diterajui oleh Kementerian Kewangan (“MOF”) dalam usaha menyepadukan usaha oleh syarikat-syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (“GLIC”) dan memangkin pertumbuhan dalam sektor ekonomi utama.

Pelancaran EMP dan RMI menggariskan komitmen NFOF untuk meningkatkan akses kepada modal untuk syarikat permulaan, memacu inovasi dan memacu pertumbuhan ekonomi. Ini sejajar dengan aspirasi Ekonomi MADANI untuk ‘menaikkan siling’ melalui industri digital yang diterajui inovasi dan menyokong syarikat pertumbuhan tinggi untuk menjadi juara serantau.

END



Siaran Akhbar Lain
27 Disember 2024

Memajukan Rantaian Nilai Semikonduktor dan Pengelu...

Selanjutnya  

1 November 2024

Khazanah Nasional perjelas penjualan saham Fashion...

Selanjutnya  

28 Oktober 2024

Khazanah lancar Jelawang Capital sebagai sebuah ...

Selanjutnya  

19 Oktober 2024

Kenyataan oleh Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir...

Selanjutnya  

17 Oktober 2024

SC dan Khazanah Jalin MoU untuk Memangkin Akses MT...

Selanjutnya  

15 Oktober 2024

Khazanah Nasional, melalui Dana Impak, bakal lanca...

Selanjutnya  

30 Julai 2024

Khazanah Nasional selesaikan pengambilalihan MAVCA...

Selanjutnya  

15 Mei 2024

Konsortium diterajui Khazanah dan KWSP umum tawara...

Selanjutnya  

11 Mac 2024

Khazanah catat keuntungan RM5.9 bilion bagi 2023, ...

Selanjutnya  

9 Mac 2024

Khazanah lancar inisiatif #BerbudiBersama untuk me...

Selanjutnya