Sama ada anda seorang profesional berpengalaman atau siswazah muda yang inginkan pengalaman latihan industri, kami mencari individu yang berbakat dan bercita-cita tinggi untuk sertai pasukan kami. Jika anda berminat untuk meneroka peluang kerjaya di Khazanah, sila kemukakan resume anda kepada kami.
Bakat para pekerja kami adalah faktor utama yang membolehkan kami memenuhi peranan kami sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi negara. Di Khazanah, anda akan menjadi sebahagian daripada pasukan petugas yang berdedikasi dan bermotivasi tinggi yang dipacu oleh nilai kerja berpasukan, saling menghormati, ketekunan, integriti dan profesionalisme.
Profesional
|
Program Latihan Siswazah
|
Latihan
|
Selari dengan usaha kami untuk melahirkan pemimpin masa hadapan, Yayasan Khazanah, sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Khazanah Nasional menawarkan pelbagai program biasiswa. Melalui program biasiswa ini, pelajar yang terpilih diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di Malaysia atau di seluruh dunia.
Bagi tujuan permohonan atau mendapatkan maklumat lanjut mengenai program biasiswa yang ditawarkan oleh Yayasan Khazanah, sila layari https://www.yayasankhazanah.com.my