NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
Privasi Anda
Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah” atau “kami”) komited untuk melindungi privasi anda dan akan mengambil langkah sewajarnya untuk melindungi maklumat peribadi anda. Dasar Perlindungan Data Peribadi (“Dasar”) ini menetapkan cara kami menggunakan dan melindungi maklumat yang anda berikan kepada kami.
Persetujuan Anda
Dengan memberikan kami maklumat peribadi anda, anda telah memberi kebenaran untuk kami mengumpul, menggunakan dan memproses maklumat peribadi anda.
Kategori Data Peribadi
Kami, atau penyedia perkhidmatan lantikan kami, boleh mengumpul dan memproses data peribadi yang anda diberikan termasuk data di dalam kategori berikut:
Bagaimana Kami Akan Mengumpul Data Anda
Kami mungkin mengumpul dan memproses data peribadi anda dalam pelbagai cara:
Tujuan Pemprosesan & Penggunaan Maklumat
Kami menggunakan maklumat yang disimpan tentang anda dengan cara berikut:
Kami memerlukan maklumat data peribadi anda. Sekiranya anda tidak menyediakan semua maklumat data peribadi seperti yang diminta, kami tidak dapat menyimpan rekod yang lengkap mengenai anda, dan ini akan menjejaskan keupayaan kami untuk mencapai tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas. Sila ambil maklum bahawa senarai tentang cara kami mungkin menggunakan data peribadi anda di atas adalah tidak lengkap.
Penzahiran maklumat anda
Kami mungkin mendedahkan data peribadi anda kepada pihak berikut untuk tujuan yang dinyatakan di atas (termasuk pihak di luar negara):
Kami tidak akan mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga yang tidak berkaitan dengan Khazanah tanpa persetujuan anda. Walau bagaimanapun, kami mungkin akan mendedahkan data peribadi anda jika dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang atau dengan niat baik, jika tindakan tersebut adalah perlu untuk mematuhi keperluan mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau proses undang-undang.
Akses, Pembetulan dan Aduan
Jika anda ingin membuat sebarang pertanyaan atau aduan atau permohonan untuk mengakses, membetulkan atau menghadkan pemprosesan data peribadi anda, anda boleh berbuat demikian dengan melayari laman web kami atau menghubungi Pegawai Data Peribadi kami di 03-20340000 atau emel kepada pd.officer@khazanah.com.my atau faks kepada 03-20340001.
Perubahan kepada Polisi Ini
Perubahan kepada Polisi Ini Khazanah boleh menyemak dan menukar Polisi ini dari semasa ke semasa untuk mencerminkan perubahan dari segi undang-undang, amalan perniagaan, proses atau struktur kami. Walaupun secara amnya tidak mungkin untuk memaklumkan anda tentang perubahan kepada Polisi ini, versi terkini Polisi ini akan tersedia di laman web kami. Polisi ini bukan kontrak, dan juga tidak mencadangkan sebarang kewajipan di pihak kami dengan pihak lain.
Sekiranya terdapat apa-apa ketidakselarasan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia bagi notis ini, versi Bahasa Inggeris akan terpakai.