15 Januari 2020
PENJELASAN KHAZANAH BERKAITAN LAPORAN MEDIA TENTANG PLUS MALAYSIA
Berikut adalah penjelasan Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) berkaitan beberapa laporan media tentang PLUS Malaysia Berhad (“PLUS”):
Kerajaan telah melaksanakan beberapa sesi libat urus dengan para pemegang saham PLUS dengan tujuan untuk mengurangkan bebanan tol ke atas pengguna lebuh raya dan bebanan pampasan ke atas Kerajaan, serta mengambil kira nilai konsesi lebuh raya bagi pemegang kepentingan hutang dan ekuiti sedia ada.
Khazanah sedia maklum tentang beberapa tawaran oleh pihak yang berminat yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Khazanah. Khazanah seterusnya telah memberikan nasihat dan pandangan serta melaksanakan sesi libat urus dengan Kerajaan bagi membantunya dalam menentukan pertimbangan dasar ke arah mencapai matlamat yang dinyatakan di atas.
Khazanah ingin menegaskan sekali lagi bahawa sepanjang keseluruhan proses libat urus tersebut, Kerajaan telah bertindak secara profesional dan memegang teguh kepada prinsip tadbir urus yang bersesuaian dalam usaha untuk mendapatkan penyelesaian terbaik bagi perkara ini.
TAMAT