Nota:
Tahun 2020 adalah tahun yang amat sukar. Orang ramai di seluruh dunia terpaksa akur dengan norma baharu. Larangan perjalanan dan perintah berkurung menyebabkan Program Residensi Khazanah (KRP) tidak dapat dilaksanakan.
Meninjau ke hadapan, pengalaman yang dilalui pada tahun lalu menjadi panduan dan harapan buat kami pada tahun 2021. Namun berdasarkan kepada suasana ketidaktentuan yang berterusan, KRP masih tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat dan hanya dijangka dapat dilangsungkan pada tahun 2022.
Sungguhpun program yang dirancang tidak dapat dijalankan, kami akan mengisi waktu ini dengan inisiatif yang tidak kurang manfaatnya. Kami berharap dapat berkongsi dengan anda melalui Instagram kami di @khazanahresidency kisah yang akan mencetus inspirasi serta padat dengan ilmu berkisar beberapa tema dan personaliti. Teruskan mengikuti dan berinteraksi dengan kami di saluran Instagram kami.
Sementara itu, kami tetap mengalu-alukan sebarang pernyataan minat terhadap KRP. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pegawai berikut:
shameera.abdullah@khazanah.com.my
(Fellowship Media & Residensi Perkhidmatan Awam*)
syafik.azhar@khazanah.com.my
(Residensi Seni)
mazliefah.halim@khazanah.com.my
(Residensi Reka Bentuk)
*Permohonan untuk Residensi Perkhidmatan Awam adalah melalui pencalonan daripada kementerian sahaja.
Tutup