Logo Khazanah Nasional adalah simbol syarikat kami yang paling jelas, justeru, ia adalah aset yang sangat penting yang mana
integritinya harus dipelihara.
Reka bentuk unik logo Khazanah Nasional menyatukan beberapa imej berlainan yang mewakili fungsi organisasi dan penglibatannya. Garis-garis simbol membentuk gambar cembul (kotak barang kemas tradisional Melayu) menggambarkan peranan Khazanah Nasional sebagai salah satu pemegang amanah aset komersial negara. Simbol yang menyerupai jam pasir melambangkan pelaburan jangka panjang dan sederhana organisasi sementara garisan bersilang mewakili pelaburan dalam pelbagai sektor dan wilayah.
Logo Khazanah Nasional adalah harta intelek Khazanah Nasional Berhad, sila hubungi kami di
info@khazanah.com.my untuk sebarang pertanyaan mengenai penggunaan logo kami.