Soalan Lazim – Terokai Khazanah Malaysia 

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di [email protected] 

Sempena sambutan Ulang Tahun kami yang ke-30 Khazanah Nasional menganjurkan peraduan media sosial yang dinamakan ‘Terokai Khazanah Malaysia’. Khazanah membawa maksud “harta” dan mencerminkan komitmen kami dalam mengekalkan dan mempromosi kekayaan warisan alam, sejarah, dan budaya Malaysia. Melalui peraduan ini, kami berhasrat untuk memupuk penghargaan dan kesedaran terhadap khazanah-khazanah ini dan mengajak para peserta untuk berkongsi permata-permata tersembunyi yang melambangkan identiti negara kita.
  • Khazanah Semula Jadi: Video yang memaparkan pemandangan indah di Malaysia, biodiversiti, taman-taman negara, hidupan liar, fenomena semula jadi dan video lain di dalam kategori yang sama. 
  • Khazanah Budaya: Video yang mempamerkan kekayaan Malaysia dalam kepelbagaian budaya, tradisi, perayaan, kesenian dan video lain di dalam kategori yang sama.
  • Khazanah Bersejarah: Video yang meneroka tempat-tempat bersejarah, mercu tanda, artifak dan video lain di dalam kategori yang sama.
  • Muat naik Instagram Reel yang tidak melebihi 90 saat bagi menyampaikan dan menerangkan pandangan atau pendapat anda secara kreatif mengenai ‘Terokai Khazanah Malaysia’ berdasarkan kategori yang dipilih (profil awam sahaja)
  • Tag dan Ikuti @khazanahnasional di Instagram
  • Gunakan hashtag #KisahKitaDariLensa #TerokaiKhazanahMalaysia #30TahunMemajukanMY / #30yearsAdvancingMY
Kriteria Butiran
Umur  Berumur 18 dan keatas  
Kewarganegaraan Terbuka kepada semua rakyat Malaysia
Tidak Layak
  • Kakitangan Khazanah Nasional dan ahli keluarga terdekat 
  • Penyertaan dalam TKM bagi pihak individu lain tidak dibenarkan. 
Para pemenang yang terpilih bagi setiap kategori bakal menerima:
  • 1 x Hadiah Utama – Baucar perjalanan bernilai RM5000.00
  • 1 x Naib Johan Pertama – Baucar perjalanan bernilai RM3500.00
  • 1 x Naib Johan Kedua – Baucar perjalanan bernilai RM1500.00
  • 2 x Hadiah Saguhati – Baucar perjalanan bernilai RM500.00  
*Video penyertaan yang berjaya akan disiarkan di platform-platform rasmi Khazanah Nasional.

*Hadiah-hadiah  tidak boleh dipindah milik atau diberikan kepada orang lain. Khazanah berhak untuk menggantikan atau menukar hadiah-hadiah tanpa sebarang notis terlebih dahulu atau justifikasi kepada anda. Pilihan para pemenang oleh Khazanah adalah muktamad. Keputusan Khazanah dalam semua perkara yang berkaitan dengan TKM adalahi muktamad dan tiada surat-menyurat akan dilayan atau diterima.

*Semua kos yang berkaitan dengan penebusan dan/atau penggunaan hadiah-hadiah akan ditanggung sepenuhnya oleh para pemenang yang terpilih.
Setiap hantaran atau penyertaan akan dinilai berdasarkan kreativiti, keaslian, dan keunikan dalam menterjemah dan menyampaikan interpretasi anda mengenai khazanah negara. Karya-karya tersebut harus mempunyai kaitan dengan budaya dan sejarah Malaysia atau mempunyai nilai signifikan peribadi yang mempunyai  potensi untuk menyampaikan inspirasi dan membangkitkan rasa bangga pada penonton. Video anda akan dinilai berdasarkan produksi keseluruhan dan harus mengandungi visual dan penceritaan yang berkualiti.
Fasa Tarikh
Penyertaan Dibuka  12 Mei 2024 – 24 Jun 2024
Penyertaan Ditutup 25 Jun 2024
Penyertaan Dinilai  26 Jun 2024 – 7 Julai 2024
Pengumuman Para Pemenang  8 Julai 2024
*Hantaran yang diterima selepas Tempoh Hantaran tidak akan diterima untuk dinilai dan dianggap tidak layak untuk menyertai TKM.
Setelah para pemenang dipilih, para pemenang dikehendaki menghantar bahan-bahan berikut dalam masa satu (1) minggu:
  • Video definisi tinggi yang akan digunakan untuk tujuan pengumuman dan lain-lain; dan
  • sebarang bahan tambahan yang mungkin diperlukan oleh Khazanah.
Para pemenang yang terpilih harus memastikan bahawa penyertaan yang menang akan kekal dipaparkan di Instagram dan tidak dipadamkan selama tempoh enam (6) bulan dari tarikh Pengumuman Pemenang.