Media & Muat Turun
Siaran Akhbar

6 Mac 2024

Khazanah Umum Ketua Pengawai Pelaburan Baharu

KUALA LUMPUR, 6 MAC 2024 – Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Datuk Hisham Hamdan sebagai Ketua Pegawai Pelaburan (“CIO”) baharu, berkuat kuasa pada 6 Mac 2024.

Pelantikan Datuk Hisham Hamdan sebagai CIO baru membolehkan kami memberikan lebih tumpuan kepada memperkukuhkan keupayaan Khazanah sebagai sebuah institusi pelaburan dan mencipta kapasiti dan keupayaan baru, terutamanya untuk mencapai matlamat penciptaan nilai dan impak kami.

Pengarah Urusan Khazanah, Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, berkata, “Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Hisham Hamdan atas pelantikan sebagai CIO Khazanah Nasional. Kami berharap pengalaman dan pengetahuan Datuk Hisham akan menyumbang kepada kejayaan berterusan Khazanah dalam mencipta nilai dan memberikan pulangan kepada masyarakat Malaysia. Kami yakin pelantikan ini akan lebih memperkukuhkan komitmen kami kepada kecemerlangan dalam pengurusan pelaburan.”

Datuk Hisham Hamdan menyertai Khazanah pada April 2011 dari Sime Darby Berhad.

Beliau pernah menyandang beberapa jawatan kanan termasuk Pengarah Eksekutif Pasaran Awam dan jawatan kanan lain di bahagian strategi dan pembangunan perniagaan, kesihatan, tenaga dan utiliti, serta turut berkhidmat di China. Datuk Hisham juga merupakan Pengerusi UEM Sunrise dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Khazanah Research Institute. Sebelum ini Datuk Hisham turut pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi UDA Holdings Berhad, Ahli Lembaga Pengarah Iskandar Investments Berhad, dan Ahli Lembaga Pengarah ValueCap.

Beliau memegang dua ijazah dalam bidang Kejuruteraan Kimia dan Pengurusan Perindustrian daripada Purdue University, Amerika Syarikat. Beliau juga pernah mengikuti Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School.

TAMAT



Siaran Akhbar Lain
10 Januari 2025

Strategi Khazanah Untuk Memajukan Malaysia: Memban...

Selanjutnya  

27 Disember 2024

Memajukan Rantaian Nilai Semikonduktor dan Pengelu...

Selanjutnya  

1 November 2024

Khazanah Nasional perjelas penjualan saham Fashion...

Selanjutnya  

28 Oktober 2024

Khazanah lancar Jelawang Capital sebagai sebuah â€...

Selanjutnya  

19 Oktober 2024

Kenyataan oleh Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir...

Selanjutnya  

17 Oktober 2024

SC dan Khazanah Jalin MoU untuk Memangkin Akses MT...

Selanjutnya  

15 Oktober 2024

Khazanah Nasional, melalui Dana Impak, bakal lanca...

Selanjutnya  

30 Julai 2024

Khazanah Nasional selesaikan pengambilalihan MAVCA...

Selanjutnya  

15 Mei 2024

Konsortium diterajui Khazanah dan KWSP umum tawara...

Selanjutnya  

11 Mac 2024

Khazanah catat keuntungan RM5.9 bilion bagi 2023, ...

Selanjutnya